Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua
Showing posts with label #CeritaSaya. Show all posts
Showing posts with label #CeritaSaya. Show all posts

Monday, 22 July 2019

Handphoneku Retak Seribu


Aduh.

apa sahaja barang yang kita jaga dan sayang.. pasti akan diuji dengan ujian yang sangat menyedihkan.
.
Handphone yang menjadi idaman dan kegilaan saya, saya sentiasa pastikan ia sentiasa dalam jagaan rapi, tidak di kasari mahupun dikongsi oleh anak-anak sekalipun.
.
Sekali jika ia diuji memang tak boleh di ajak berbincang pun.. terus retak seribu.. 
.
Harap engkau kembali dipulihkan.. Zam!! tolong saya Zam!!! ( Rintih hatiku menyeru student ku yang pakar baiki hanphone tolong cari jalan)
.
Semoga engkau kembali Sakti.. ke kau merajuk sebab minggu lepas aku pi window shopping  Hanphome jenama MI 9T Pro ???
.
Syahdu Sunggoh!!

Monday, 10 September 2018

Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda


Pesan almarhum Umar Tilmisani - "Hikmah asy-syuyukh, fi hamasah asy-syabab." yang membawa maksud - "Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda." 

Orang muda selain perlu punya banyak rakan seangkatan, perbanyakkan juga kenalan daripada para veteran kehidupan. Luangkan masa rajinkan diri untuk menyedut hikmah dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, bersama pengalaman dan pengajaran yang mereka ada, buat pedoman orang muda meniti hidup menggendong perjuangan, supaya tidak berulang kesilapan-kesilapan lama, menjadi pelengkap kepada semangat membara orang muda.  

Tuesday, 24 July 2018

Sekadar Contoh karangan luahan seorang Cikgu.


Cikgu semalaman bersengkang mata memecut laju di lebuhraya utara selatan nak jumpa student untuk melihat tugasan yang diberi selama 4 hari cikgu berkursus.  Tak tido lagi pun pagi ni..  
.
Bila masuk sahaja dalam kelas student baru kelam kabut nak buat kerja tugasan. Ada yang x sentuh langsung kerja pun. Sepatutnya kita saling memahami. Sebab cikgu pun masih bergelar student. 
.
Cikgu menyelami juga perasaan student sehingga menyelami kepayahan menyiapkan tugasan.


Thursday, 5 July 2018

Hari Pertama Kelas Web Development Semester ini

Hei kawan. 
Assalamualaykum wbt 



Hari ini hari pertama Kelas Web Development untuk semester ini (Sem 2 / 2018) . Kali ni pelajar seramai 12 orang akan mengikuti Kelas pengajian Kilat selama sebulan (Sepanjang Julai) bagi memastikan silibus ini tamat kerana saya akan keluar melanjutkan Latihan Sandaran Industri (LSI) di Sebuah syarikat berasaskan ICT di Kepala Batas , Pulau Pinang. 



Monday, 19 February 2018

Pemilihan Pemimpin Pelajar Peringkat Jabatan TKS

Hei Kawan.

Assalamualaykum wbt





Pagi ini saya baru selesai mengurus pemilihan pemimpin pelajar di peringkat Jabatan Teknologi Komputer Sistem.

Tujuan pemilihan ini adalah supaya di kalangan mereka dapat menyusun agenda aktiviti di peringkat Jabatan di samping dapat mengeratkan hubungan di antara mereka walaupun berbeza semester.