Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua
Showing posts with label #KisahTokoh. Show all posts
Showing posts with label #KisahTokoh. Show all posts

Monday, 10 September 2018

Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda


Pesan almarhum Umar Tilmisani - "Hikmah asy-syuyukh, fi hamasah asy-syabab." yang membawa maksud - "Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda." 

Orang muda selain perlu punya banyak rakan seangkatan, perbanyakkan juga kenalan daripada para veteran kehidupan. Luangkan masa rajinkan diri untuk menyedut hikmah dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, bersama pengalaman dan pengajaran yang mereka ada, buat pedoman orang muda meniti hidup menggendong perjuangan, supaya tidak berulang kesilapan-kesilapan lama, menjadi pelengkap kepada semangat membara orang muda.  

Tuesday, 24 July 2018

SELAMAT TINGGAL, BUYA HAMKA

(Mengenang Kematian Hamka, 24 Julai 1981) 



 Hari itu hari Jumaat. Hujan turun dengan lebat sekali. Orang mula berpusu-pusu menuju ke rumahnya, rumah Raden Patah. Sesak. Bahu jalan dipenuhi kereta. Bukan semakin berkurang, tetapi semakin banyak. Usai sahaja solat Jumaat, hujan turun bertambah lebat. Betapa berkat. Faisal Tamim datang memberitahu, "Kubur sudah siap digali." 

Segera jenazah ingin dimandikan. Rencananya akan disolatjenazahkan di Masjid al-Azhar. Tiba-tiba ada panggilan telefon, katanya Presiden Soeharto mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. Rombongan demi rombongan kerajaan, wakil-wakil parti dan pelbagai lagi tiba. Melihatnya dengan wajah yang murung. Langsung menyedekahkan al-Fatihah.