Monday, 22 July 2019

Handphoneku Retak Seribu


Aduh.

apa sahaja barang yang kita jaga dan sayang.. pasti akan diuji dengan ujian yang sangat menyedihkan.
.
Handphone yang menjadi idaman dan kegilaan saya, saya sentiasa pastikan ia sentiasa dalam jagaan rapi, tidak di kasari mahupun dikongsi oleh anak-anak sekalipun.
.
Sekali jika ia diuji memang tak boleh di ajak berbincang pun.. terus retak seribu.. 
.
Harap engkau kembali dipulihkan.. Zam!! tolong saya Zam!!! ( Rintih hatiku menyeru student ku yang pakar baiki hanphone tolong cari jalan)
.
Semoga engkau kembali Sakti.. ke kau merajuk sebab minggu lepas aku pi window shopping  Hanphome jenama MI 9T Pro ???
.
Syahdu Sunggoh!!

Monday, 29 April 2019

Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai

20190430 | Selasa





1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.
- Pastikan Anugerah ini di label dengan tajuk "AnugerahBlogger"

2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.

Contoh ayat :

5 Fakta terbaik mengenai Mimie Hamizah : 
1. Tegas
2. Kreatif menyatakan idea.
3. Boleh dan mampu mendorong orang lain.
4. Kemampuan mandiri @ berdikari
5. Suka belajar dari alam

3-Tuliskan 5 perkara tentang diri anda sendiri 

 1. Suka kepada idea inovasi.

 2. Suka kepada kanak-kanak dan kanak-kanak suka kepada saya.

 3. Selalu memikirkan cara untuk membebaskan diri daripada belenggu emosi, kemudian membentuk
 cara pemikiran yang baru, memperoleh sudut pandang yang baru dan menemui cita-cita yang baru.

 4. Selalu memilih jalan menyantuni dan diplomasi... contohnya, cuba melayani aduan-aduan sahabat-sahabat dengan baik (menjadi pendengar yang baik), mengelakkan perbalahan, cuba untuk memelihara supaya perhubungan kemanusiaan saya berjalan dengan lancar dan menyenangkan orang lain.

5. Suka menjalinkan persahabatan yang merentasi ideologi, fikrah berjamaah, pelbagai bangsa, pelbagai bidang.


4- Sampaikan Anugerah ini kepada 5 orang penulis Blogger yang menjadi pilihan anda dan nyatakan kenapa blog ini menjadi pilihan anda.



 "Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai" ini saya anugerahkan kepada :

1. Devindran : Grafiknya menarik, ada info yang boleh dipelajari.
2. Asrul Nahar : Grafiknya menarik.
3. Saiful : Grafik menarik dan ada info yang menarik boleh di baca.
4. Amira : Blog kemas dan menarik.
5. Chia :  Artikel berbahasa Inggeris yang menarik untuk dibaca.

Wednesday, 10 April 2019

Aktiviti 5S di Makmal ICT : Teladan Baik disebalik Aktiviti

Assalamualaykum ..

Hey kawan.






Hari ni sebahagian daripada pelajar saya (seramai 9 orang) terlibat dengan aktiviti CSR membantu baikpulih komputer di sebuah sekolah di perkampungan  di Kulim. Alang-alang begitu, saya merencanakan aktiviti 5S ala-ala CSR di Makmal ICT bagi membersihkan makmal ICT melibatkan baki pelajar yang ada.

Boleh lah nanti saya nak melihat sharing mereka dalam blog masing-masing dengan aktiviti hari ini.