Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Friday 27 July 2018

Membina Laman Web Asas


Hari ini saya akan mengajar pelajar saya bagaimana untuk bangunkan web langkah demi langkah sehingga akan menghasilkan web seperti di atas.

Persiapan awal saya minta kepada pelajar saya agar muatturun terlebih dahulu dokumen Fail asas yang mengandungi dokumen HTML (index.html), Folder Pic, dokumen gambar dan dokumen Css.


Tuesday 24 July 2018

Sekadar Contoh karangan luahan seorang Cikgu.


Cikgu semalaman bersengkang mata memecut laju di lebuhraya utara selatan nak jumpa student untuk melihat tugasan yang diberi selama 4 hari cikgu berkursus.  Tak tido lagi pun pagi ni..  
.
Bila masuk sahaja dalam kelas student baru kelam kabut nak buat kerja tugasan. Ada yang x sentuh langsung kerja pun. Sepatutnya kita saling memahami. Sebab cikgu pun masih bergelar student. 
.
Cikgu menyelami juga perasaan student sehingga menyelami kepayahan menyiapkan tugasan.


SELAMAT TINGGAL, BUYA HAMKA

(Mengenang Kematian Hamka, 24 Julai 1981) 



 Hari itu hari Jumaat. Hujan turun dengan lebat sekali. Orang mula berpusu-pusu menuju ke rumahnya, rumah Raden Patah. Sesak. Bahu jalan dipenuhi kereta. Bukan semakin berkurang, tetapi semakin banyak. Usai sahaja solat Jumaat, hujan turun bertambah lebat. Betapa berkat. Faisal Tamim datang memberitahu, "Kubur sudah siap digali." 

Segera jenazah ingin dimandikan. Rencananya akan disolatjenazahkan di Masjid al-Azhar. Tiba-tiba ada panggilan telefon, katanya Presiden Soeharto mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. Rombongan demi rombongan kerajaan, wakil-wakil parti dan pelbagai lagi tiba. Melihatnya dengan wajah yang murung. Langsung menyedekahkan al-Fatihah. 

Thursday 5 July 2018

Apa yang perlu dilakukan bila komputer sudah on, tapi skrin masih tiada paparan




Terdapat sesetengah situasi di mana apabila PC sudah dihidupkan, paparan pada skrin masih tidak kelihatan walaupun anda mendapati lampu pada power menyala dan kipas pada pemproses berputar seperti biasa. Sebelum anda kelam kabut mahu menghantarnya ke kedai, adalah lebih baik anda memeriksanya terlebih dahulu untuk memastikannya ia benar-benar rosak. 

Apabila anda mendapati tiada langsung sebarang paparan yang muncul pada skrin; termasuk logo Windows ketika splash screen atau paparan BIOS mahupun sebarang cursor, kemungkinan besar PC anda mengalami masalah pada perkakasan. Monitor Desktop Bagi monitor desktop, memeriksa dan membaikinya adalah mudah kerana komponen termasuk sambungannya jelas kelihatan pada bahagian luar.

Pengenalan Kepada HTML

Hai

Hari ni saya nak kongsi video berkenaan Asas-asas HTML



Sumber : Youtube

Hari Pertama Kelas Web Development Semester ini

Hei kawan. 
Assalamualaykum wbt 



Hari ini hari pertama Kelas Web Development untuk semester ini (Sem 2 / 2018) . Kali ni pelajar seramai 12 orang akan mengikuti Kelas pengajian Kilat selama sebulan (Sepanjang Julai) bagi memastikan silibus ini tamat kerana saya akan keluar melanjutkan Latihan Sandaran Industri (LSI) di Sebuah syarikat berasaskan ICT di Kepala Batas , Pulau Pinang.