Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Thursday 5 July 2018

Apa yang perlu dilakukan bila komputer sudah on, tapi skrin masih tiada paparan




Terdapat sesetengah situasi di mana apabila PC sudah dihidupkan, paparan pada skrin masih tidak kelihatan walaupun anda mendapati lampu pada power menyala dan kipas pada pemproses berputar seperti biasa. Sebelum anda kelam kabut mahu menghantarnya ke kedai, adalah lebih baik anda memeriksanya terlebih dahulu untuk memastikannya ia benar-benar rosak. 

Apabila anda mendapati tiada langsung sebarang paparan yang muncul pada skrin; termasuk logo Windows ketika splash screen atau paparan BIOS mahupun sebarang cursor, kemungkinan besar PC anda mengalami masalah pada perkakasan. Monitor Desktop Bagi monitor desktop, memeriksa dan membaikinya adalah mudah kerana komponen termasuk sambungannya jelas kelihatan pada bahagian luar.




Pertama sekali, periksa pada lampu LED monitor ketika anda memulakan PC. Pastikan sama ada ianya hidup atau warna lampunya berubah. Jika tiada sebarang cahaya yang kelihatan, pastikan suis pada plug telah dipasang dan dihidupkan. Jika masih tidak boleh dihidupkan, cuba dengan soket lain. Pada peringkat ini, jika masih lagi gagal untuk dihidupkan, anda mungkin boleh cuba menukarkan kabel plug monitor tersebut. Masih lagi gagal? 

Anda boleh mencubanya dengan monitor yang lain untuk memastikan sama ada monitor tersebut benar-benar rosak atau kemungkinan lain yang berlaku pada kad grafik. Pada tahap ini, anda boleh cuba menukarkan kad grafik atau kabel penyambungan grafik untuk mendapatkan kepastian pada perkakasan mana yang berlaku kerosakan tersebut. 

 Situasi menukarkan monitor, kabel sambungan VGA/DVI/HDMI atau kad grafik untuk kerja troubleshooting ini mungkin mudah jika anda dalam keadaan memiliki banyak peralatan lain seperti di dalam pejabat atau di dalam makmal komputer. Namun, jika kerosakan monitor, kabel atau kad grafik ini berlaku di rumah, anda mungkin perlu pandai-pandai sendirilah nak pinjam dari siapa-siapa pun untuk troubleshooting. 

 Skrin terbina dalam Pilihan untuk melakukan kerja-kerja troubleshooting adalah lebih terhad jika anda mahu melakukan pada peranti dengan skrin terbina dalam seperti laptop atau komputer desktop all-in-one. Jika anda rasakan mampu melakukannya, ia adalah lebih rumit dari yang disangkakan. Anda perlu membuka kerangkanya terlebih dahulu sebelum menggantikan kabel yang bersesuaian yang menyambung dari komponen grafik ke input skrin paparan.

 Sebelum itu, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada keadaan tiada paparan muncul ini disebabkan oleh perkakasan atau tetapan pada monitor itu sendiri. Bagi laptop, anda mungkin boleh cuba mengawal kecerahan melalui kombinasi butang Fn + F5 atau Fn + F6 (bergantung kepada jenis laptop) untuk memastikan sama ada masa berpunca dari bahagian tetapan. Atau anda mungkin boleh mencuba kombinasi butang Fn + F4 (untuk sesetengah jenis laptop) bagi memastikan paparan pada skrin peranti tersebut benar-benar OK.

 Jika anda sudah benar-benar memastikan bahawa skrin terbina dalam anda benar-benar rosak, pastikan anda menggantikannya dengan alat ganti yang sama spesifikasinya. Pastikan juga, anda berhati-hati dalam melakukan penggantian perkakasan pada peranti kompleks dan padat seperti di dalam laptop atau komputer desktop all-in-one, kerana jika berlaku sebarang kesilapan pada peringkat ini, mungkin tindakan untuk membaikinya tidak ubah seperti tikus membaiki labu. -Imej cover diperoleh dari Acer Malaysia.





No comments:

Post a Comment