Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Tuesday 25 December 2018

CHAPTER 3 Search Algorithms

In computer science, data modeling is important to epitomize how data signifies the problems of the world. The construction of the data modeling in specific domains give a significant impact on the efficiencies and effectiveness of the applications. 



Dalam sains komputer, pemodelan data adalah penting untuk melambangkan bagaimana data menandakan masalah dunia. Pembinaan pemodelan data dalam domain tertentu memberikan kesan yang signifikan terhadap kecekapan dan keberkesanan aplikasi.


In Artificial Intelligence, knowledge is denoted in the form ot formal logics. This representation is used as a "map" for designing search algorithms in finding better solutions. The search algorithms are basically performed in repetitive procedures where a number of potential solutions is considered. 

Dalam Kecerdasan Buatan, pengetahuan dilambangkan dalam bentuk logik formal. Perwakilan ini digunakan sebagai "peta" untuk mereka bentuk algoritma carian untuk mencari penyelesaian yang lebih baik. Algoritma carian pada dasarnya dilakukan dalam prosedur yang berulang-ulang di mana sejumlah penyelesaian berpotensi dipertimbangkan.

In this chapter, at first, we focus on understanding the roles of search procedure in searching solutions for a problem. Then, we describe related search algorithms, namely exhaustive and heuristic search algorithms, 

Dalam bab ini, pada mulanya, kita menumpukan pada memahami peranan prosedur carian dalam mencari penyelesaian untuk masalah. Kemudian, kami menerangkan algoritma carian yang berkaitan, iaitu algoritma carian lengkap dan heuristik,

where both perform distinguish approaches for different kind of problems. This chapter ends with the application of the search algorithms in game theory

di mana kedua-duanya melakukan pendekatan membezakan untuk pelbagai jenis masalah. Bab ini berakhir dengan penerapan algoritma carian dalam teori permainan

Problem Solving in Search


Saturday 24 November 2018

Review - Critical section





WHO








entry section -  Code that requests permission to enter its critical section.
critical section - Section of code where shared data is accessed.
exit section - Code that is run after exiting the critical section



bahagian kemasukan - Kod yang meminta kebenaran untuk memasuki bahagian kritikalnya.
seksyen kritikal - Seksyen kod di mana data yang dikongsi diakses.
bahagian keluar - Kod yang dijalankan selepas keluar bahagian kritikal


WHAT

Part of program that access shared variable.
eg: modifying count from previous bounded buffer problem
eg: one-lane bridges during construction

Sebahagian daripada program yang mengakses pembolehubah bersama.
contohnya: mengubahsuai kiraan dari masalah penampan yang terkurung sebelumnya
contohnya: jambatan satu lorong semasa pembinaan

Sebuah proses memiliki bagian dimana bagian ini akan melakukan akses dan manipulasi data. Bagian ini disebut dengan critical section. Ketika sebuah proses sedang dijalankan dalam critical section nya, tidak ada proses lain yang boleh dijalankan dalam critical section nya.

Karena hal ini dapat memungkinkan terjadinya akses ke resources yang sama dalam waktu yang sama. Keadaan seperti ini disebut proses tersebut mutually exclusive. Oleh karena itu, diperlukan suatu mekanisme atau aturan agar proses sifat mutually exclusive dapat terpenuhi.

WHEN
Critical section biasanya digunakan saat program multithreading, dimana program tersebut terdiri dari banyak thread, akan mengubah nilai dari variabel. Dalam hal ini critical section diperlukan untuk melindungi variabel dari concurrent access yang dapat membuat nilai dari variabel tersebut menjadi tidak konsisten.

WHY
Mutual Exclusion - “One at a time.”
If process Pi is executing in its critical section, then no other processes can be executing in their critical sections.
                “no two threads can simultaneously execute their code in critical section”
Pengecualian Bersama - "Satu demi satu."
Sekiranya proses Pi dilaksanakan dalam bahagian kritikal, maka tidak ada proses lain yang boleh dilaksanakan di bahagian kritikal mereka.
"Tidak ada dua benang secara serentak boleh melaksanakan kod mereka dalam seksyen kritikal"

Progress - “no unnecessary waiting.” -- liveness
If no process is executing in its critical section and there exist some processes that wish to enter their critical section, then the selection of the processes that will enter the critical section next cannot be postponed indefinitely
                “no thread running outside its critical section may block another thread.”
Proofing:for two process P0 and P1 :  If P1 didnt wait to enter CS, P0 can enter as many times as it wants

Kemajuan - "tidak ada yang tidak perlu menunggu." - liveness Sekiranya tiada proses melaksanakan dalam seksyen kritikal dan terdapat beberapa proses yang ingin memasukkan seksyen kritikal, maka pemilihan proses yang akan memasuki bahagian kritis seterusnya tidak dapat ditangguhkan selama-lamanya
"Tiada benang yang berjalan di luar bahagian kritikalnya boleh menyekat benang lain."
Pembuktian: untuk dua proses P0 dan P1: Jika P1 tidak menunggu untuk memasuki CS, P0 boleh masuk sebanyak yang ia inginkan

HOW
Four different approaches Empat pendekatan yang berbeza
1.       Software-defined approaches, Pendekatan yang ditakrifkan oleh perisian
Peterson algorithm : alternation and flag / Algoritma Peterson: penggantian dan bendera

2.       Support from the OS
Semaphore, monitor

3.       Hardware support
Special instructions : TestAndSet , Swap / Arahan khas: TestAndSet, Pertukaran

4.       Support from the programming language / Sokongan dari bahasa pengaturcaraan
ADA rendezvous / ADA pertemuan



To avoid a race condition, the execution of CS must be mutually exclusive - if one process access the data , no other process can access it
Untuk mengelakkan keadaan perlumbaan, pelaksanaan CS harus saling eksklusif - jika satu proses mengakses data, tidak ada proses lain yang dapat mengaksesnya

Bagaimana menghindari race conditions?
Kunci untuk mencegah masalah ini dan di situasi yang lain yang melibatkan shared memori, shared berkas, and shared sumber daya yang lain adalah menemukan beberapa jalan untuk mencegah lebih dari satu proses untuk melakukan proses writing dan reading kepada shared data pada saat yang sama.

Dengan kata lain kita memerlukan mutual exclusion, sebuah jalan yang menjamin jika sebuah proses sedang menggunakan shared berkas, proses lain dikeluarkan dari pekerjaan yang sama. Kesulitan yang terjadi karena proses 2 mulai menggunakan variabel bersama sebelum proses 1 menyelesaikan tugasnya.

http://agustriadi17.blogspot.com/2011/03/critical-section.html

Monday 10 September 2018

Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda


Pesan almarhum Umar Tilmisani - "Hikmah asy-syuyukh, fi hamasah asy-syabab." yang membawa maksud - "Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda." 

Orang muda selain perlu punya banyak rakan seangkatan, perbanyakkan juga kenalan daripada para veteran kehidupan. Luangkan masa rajinkan diri untuk menyedut hikmah dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, bersama pengalaman dan pengajaran yang mereka ada, buat pedoman orang muda meniti hidup menggendong perjuangan, supaya tidak berulang kesilapan-kesilapan lama, menjadi pelengkap kepada semangat membara orang muda.  

Thursday 6 September 2018

Asas Setup Codeigniter di PC anda



  1. Download versi terbaru CodeIgniter di link ini : www.codeigniter.com
  2. Ekstrak file zip dan ganti nama foldernya. Contohnya saya namakan menjadi mycodeigniter.
  3. Pindahkan folder tersebut di localhost.
  4. Bila anda membuka URL home page codeigniter di alamat (http://localhost/mycodeigniter/), anda akan melihat tampilan seperti berikut ini di browser.




Wednesday 5 September 2018

Cara Pantas Membuat Database dan Table Menggunakan phpMyAdmin


Kini kaedah membuat database MySQL tidak perlu menggunakan cara manual lagi dengan menulis perintah-perintah SQL di prompt, sekarang sudah banyak tool-tool visual yang dapat membantu kita untuk membuat database dengan mudah dan cepat, salah satunya adalah tool phpMyAdmin

 Ayuh, kita praktikkan cara membuat database dan table di phpMyAdmin, ikuti langkah-langkah beikut: 

1. Buka browser Anda, layari URL http://localhost/phpmyadmin/, maka akan tampil halaman utama phpMyAdmin. 

Apa itu Framework Codeigniter



Apa itu CodeIgniter? 

CodeIgniter adalah framework PHP yang sangat ringan & sumber terbuka (open source) dimana kerangka ini berasaskan berdasarkan pada pada pola MVC (Mode View Controller). Codeigniter (CI) ini merupakan Framework PHP yang paling sederhana dan mudah dipelajari. 



Jadi Apa itu framework pula? 

Framework adalah alat untuk membantu kita mengembangkan aplikasi menjadi lebih cepat dan lebih baik. ia  merupakan peranti library dan / atau class yang dapat digunakan kembali. Framework CodeIgniter sangat dikenali oleh penggunanya kerana kepantasannya dan sangat ringan jika dibandingkan dengan framework lain yang berasaskan PHP. 

Sunday 2 September 2018

Jom Belajar Framework PHP - CodeIgniter




Assalamualaykum.

Hey kawan.


Segmen ini saya perkenalkan kepada semua yang ingin mempelajari framework PHP menggunakan framework Codeigniter.

Modul Tutorial ini saya bangunkan sepanjang saya menjalankan Latihan Sangkutan Industri (LSI) di sebuah syarikat perisian di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang , iaitu Syarikat Fulkrum Interactive selama 3 bulan.


Monday 6 August 2018

Memudahkan Anda Mengetahui Aplikasi Yang Memakan Ruangan Storan Di Peranti Android




Salah satu perkara yang anda ingin ketahui ketika ingin kosongkan storan pada peranti anda adalah untuk ketahui aplikasi yang memakan saiz ruangan yang paling besar. Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu aplikasi yang berguna adalah Data Explorer untuk Android. 

 Menggunakan Data Explorer, ia akan mengimbas peranti anda, sama ada telefon atau tablet Android, kemudian memaparkan hasil carian dalam bentuk blok – sekaligus memudahkan anda mengetahui apakah aplikasi yang memakan ruangan paling besar di peranti anda. 

Friday 27 July 2018

Membina Laman Web Asas


Hari ini saya akan mengajar pelajar saya bagaimana untuk bangunkan web langkah demi langkah sehingga akan menghasilkan web seperti di atas.

Persiapan awal saya minta kepada pelajar saya agar muatturun terlebih dahulu dokumen Fail asas yang mengandungi dokumen HTML (index.html), Folder Pic, dokumen gambar dan dokumen Css.


Tuesday 24 July 2018

Sekadar Contoh karangan luahan seorang Cikgu.


Cikgu semalaman bersengkang mata memecut laju di lebuhraya utara selatan nak jumpa student untuk melihat tugasan yang diberi selama 4 hari cikgu berkursus.  Tak tido lagi pun pagi ni..  
.
Bila masuk sahaja dalam kelas student baru kelam kabut nak buat kerja tugasan. Ada yang x sentuh langsung kerja pun. Sepatutnya kita saling memahami. Sebab cikgu pun masih bergelar student. 
.
Cikgu menyelami juga perasaan student sehingga menyelami kepayahan menyiapkan tugasan.


SELAMAT TINGGAL, BUYA HAMKA

(Mengenang Kematian Hamka, 24 Julai 1981) 



 Hari itu hari Jumaat. Hujan turun dengan lebat sekali. Orang mula berpusu-pusu menuju ke rumahnya, rumah Raden Patah. Sesak. Bahu jalan dipenuhi kereta. Bukan semakin berkurang, tetapi semakin banyak. Usai sahaja solat Jumaat, hujan turun bertambah lebat. Betapa berkat. Faisal Tamim datang memberitahu, "Kubur sudah siap digali." 

Segera jenazah ingin dimandikan. Rencananya akan disolatjenazahkan di Masjid al-Azhar. Tiba-tiba ada panggilan telefon, katanya Presiden Soeharto mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. Rombongan demi rombongan kerajaan, wakil-wakil parti dan pelbagai lagi tiba. Melihatnya dengan wajah yang murung. Langsung menyedekahkan al-Fatihah. 

Thursday 5 July 2018

Apa yang perlu dilakukan bila komputer sudah on, tapi skrin masih tiada paparan




Terdapat sesetengah situasi di mana apabila PC sudah dihidupkan, paparan pada skrin masih tidak kelihatan walaupun anda mendapati lampu pada power menyala dan kipas pada pemproses berputar seperti biasa. Sebelum anda kelam kabut mahu menghantarnya ke kedai, adalah lebih baik anda memeriksanya terlebih dahulu untuk memastikannya ia benar-benar rosak. 

Apabila anda mendapati tiada langsung sebarang paparan yang muncul pada skrin; termasuk logo Windows ketika splash screen atau paparan BIOS mahupun sebarang cursor, kemungkinan besar PC anda mengalami masalah pada perkakasan. Monitor Desktop Bagi monitor desktop, memeriksa dan membaikinya adalah mudah kerana komponen termasuk sambungannya jelas kelihatan pada bahagian luar.

Pengenalan Kepada HTML

Hai

Hari ni saya nak kongsi video berkenaan Asas-asas HTML



Sumber : Youtube

Hari Pertama Kelas Web Development Semester ini

Hei kawan. 
Assalamualaykum wbt 



Hari ini hari pertama Kelas Web Development untuk semester ini (Sem 2 / 2018) . Kali ni pelajar seramai 12 orang akan mengikuti Kelas pengajian Kilat selama sebulan (Sepanjang Julai) bagi memastikan silibus ini tamat kerana saya akan keluar melanjutkan Latihan Sandaran Industri (LSI) di Sebuah syarikat berasaskan ICT di Kepala Batas , Pulau Pinang. 



Monday 19 February 2018

Pemilihan Pemimpin Pelajar Peringkat Jabatan TKS

Hei Kawan.

Assalamualaykum wbt





Pagi ini saya baru selesai mengurus pemilihan pemimpin pelajar di peringkat Jabatan Teknologi Komputer Sistem.

Tujuan pemilihan ini adalah supaya di kalangan mereka dapat menyusun agenda aktiviti di peringkat Jabatan di samping dapat mengeratkan hubungan di antara mereka walaupun berbeza semester.

Wednesday 14 February 2018

Masalah boot dari USB pada Komputer atau Laptop baru yang jarang kita tahu

Sumber Gambar : 

Setiap komputer peribadi mempunyai caranya yang tersendiri untuk boot selain dari terus ke sistem operasinya yang telah siap dipasangkan. Penggunaan media boot boleh tanggal membolehkan anda melakukan baik pulih instalasi Windows apabila Windows gagal untuk dimulakan.

Ia juga mampu menyediakan persekitaran ‘bersih’ untuk kerja-kerja mengimbas dan membuang malware selain dari memberikan anda pilihan untuk mencuba sistem operasi lain seperti Linux pada komputer anda.


Videoklip saya dalam tahun 2011


Lagu : Aku Ingin Mencintaimu
Artis : Edcoustic 

Monday 12 February 2018

Cara Membuat Sub Menu Pada Blogger


Hei Kawan !

Assalamualaykum.

Kalau dalam entri yang lepas saya telah ajar kaedah membuat Menu Pages . Kali ini saya nak tambah satu lagi cara untuk membuat Sub-Menu pula. Menarik bukan??

Cara membuat Sub-Menu atau drop down menu di blog sebenarnya sangat mudah. Saya akan berkongsi cara membuat drop down menu yang bersifat horizontal. Menu ini boleh diletakkan samada  di bawah header, di atas footer, atau di mana saja dalam posisi horizontal (Melintang).


Cara Membuat Menu (Pages)



Hei Kawan !

Kali ini saya nak berkongsi cara membuat Menu Pages pada Laman Blogger. Tujuan kita membuat Menu Pages ini bagi memudahkan kita melangkau halaman yang kita kehendaki. Berikut adalah kaedah pantas untuk membuat Menu Pages pada platform blogger.

Cara Memasukkan Imej menggunakan atucara HTML








Hai kawan.

Hari ini saya akan berkongsi cara memasukkan gambar menggunakan kaedah kode HTML melaui  editor Sublime Text 3. Biasanya kalau guna platform blogger, kita hanya upload sahaja gambar yang kita nak paparkan pada blog.

Cuma kali ni saya nak ajar macammana proses itu berlaku.

Penggunaan imej merupakan salah satu cara untuk mencantikkan laman web anda dan ianya merupakan elemen terpenting dalam menyediakan laman web.

Sunday 11 February 2018

Membangunkan Table menggunakan HTML

Hei kawan.

Hari ini saya mengajar pelajar saya asas membina table menggunakan kod pengaturcaraan HTML.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk membina table tersebut .

Jika anda ingin menulis pada tool web yang bersifat interaktif, anda boleh download perisian Sublime Text 3 di halaman berikut .
Sublime Text 3


Saturday 10 February 2018

Tag-Tag Asas Dalam HTML





1. Tajuk (Head)

Elemen head (yang bermula dengan <head> tag pembukaan dan berakhir dengan </ head> tagpenutup diletakkan sebelum unsur badan (bermula dengan <body> dan berakhir dengan </ body>) dan mengandungi maklumat mengenai halaman. Maklumat dalam elemen head tidak muncul dalam tetingkap pelayar. 

Tag <head> digunakan bilamana anda hendak meletakkan maklumat untuk laman anda. Perhatikan kod di bawah dan hasil terdapat bulatan yang menunjukkan head bagi laman tersebut.  

Tuesday 6 February 2018

Bahasa HTML (Hyper Text Markup Language)


Bahasa HTML (Hyper Text Markup Language) merupakan contoh bahasa Internet yang mula diperkenalkan oleh Tim Berners-Lee sekitar tahun 1989. HTML merupakan aplikasi kepada SGML (Standard Generalized Markup Language) yang menerima pakai piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen berasaskan web. Bahasa ini mula dipopularkan oleh pelayar web Mosaic yang dibina di NSCA. Dengan penggunaan bahasa ini maka maklumat telah tersebar luas diseluruh pelusuk dunia dengan perantaraan WWW. 


Monday 5 February 2018

Apa itu Laman Web





Pengenalan Pembangunan Laman Web 

Pembangunan laman web adalah proses konsep, perancangan, pemodelan dan penyampaian kandungan media melalui internet menggunakan teknologi berkaitan yang dapat difahami dan dipapar semula oleh pelayar web atau antaramuka pengguna grafik berasaskan web yang lain.



Thursday 1 February 2018

First Time belajar Blog



Hi Semua.

Ini kali pertama saya belajar blog di ILP Perai.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih . !!!

Hello World

Hello World !

Selamat datang ke blog saya di : http://afzanthink.blogspot.com