Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Monday 19 February 2018

Pemilihan Pemimpin Pelajar Peringkat Jabatan TKS

Hei Kawan.

Assalamualaykum wbt





Pagi ini saya baru selesai mengurus pemilihan pemimpin pelajar di peringkat Jabatan Teknologi Komputer Sistem.

Tujuan pemilihan ini adalah supaya di kalangan mereka dapat menyusun agenda aktiviti di peringkat Jabatan di samping dapat mengeratkan hubungan di antara mereka walaupun berbeza semester.






Menjadi tradisi, pelajar di semester 2 akan meraikan pelajar semester 1 dengan mengdakan jamuan khas bagi tujuan tersebut. Kalau sebelum ini acara dilaksana secara tidak formal. Kali ini dengan wujudnya pemilihan pemimpin pelajar, mereka akan dapat melaksanakan apa sahaja program secara konsensus dan rasmi mengikut perancangan dan kebenaran jabatan.


Pemimpin yang dipilih secara undian ini mewakili kedua-dua peringkat semester iaitu jawatan Presiden Diwakili oleh Siswa Semester 2, Timbalan Presiden diwakili oleh Siswa semester 1.

Manakala Naib Presiden 1 (Ketua Wanita), diwakili oleh Siswi Semester 1 dan Naib Presiden 2 diwakili oleh siswi semester 1.

Mengumumkan Calon yang terpilih



Calon yang terpilih

Agak ganas selepas memilih..hahaha





Tahniah atas calon yang berjaya dipilih secara demokrasi walaupun lokasinya di tapak lapangan perhimpunan pagi. Berikut adalah calon-calon yang mengisi jawatan tersebut :



Presiden     : Sdr Lukhman (Semester 2)
Timbalan    : Sdr Syazwan (Semester 1)



Naib 1        : Sdri Najwa (Semester 2)

Naib 2        : Sdri Intan (Semester 1)



Jawatankuasa kabinet lain akan dilantik mengikut perbincangan dan persetujuan 4 pimpinan di atas yang dilantik. 

Semoga pimpinan yang dilantik dapat melaksanakan amanah dengan cemerlang.  

Lain-lain gambar :



No comments:

Post a Comment