Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Monday 5 February 2018

Apa itu Laman Web





Pengenalan Pembangunan Laman Web 

Pembangunan laman web adalah proses konsep, perancangan, pemodelan dan penyampaian kandungan media melalui internet menggunakan teknologi berkaitan yang dapat difahami dan dipapar semula oleh pelayar web atau antaramuka pengguna grafik berasaskan web yang lain.




Matlamat pembangunan laman web adalah untuk membina laman web yang menyampaikan kandungan kepada pengguna lain dalam bentuk mukasurat laman. Elemen elemen seperti teks, borang dan grafik boleh dimuatkan dalam setiap mukasurat menggunakan tag-tag HTML, XHTML atau XML. 


Secara amnya laman web diklasifikasikan sebagai statik dan dinamik. Kandungan dan susun atur mukasurat statik hanya boleh dikemaskini oleh secara manual oleh pembina laman web. Manakala mukasurat dinamik sentiasa berubah kandungan dan atau penampilannya bergantung kepada input pengguna atau interaksi atau perubahan dalam persekitaran pengkomputeran (masa, modifikasi pengkalan data dan sebagainya). 

Definisi Terminologi Konsep Laman Web  

i. Web Browser adalah sebuah program yang digunakan sebagai tempat untuk melayari internet atau untuk mencari informasi. Contoh Web browser ialah seperti  Google Chrome, Mozila Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer. Pelayar web kini menyokong penggunaan pelbagai bahasa seperti HTML termaju, CSS, Java, Visual Basic, Audio Video, Persidangan Web dan sebagainya. 

ii. Web Server adalah sebuah perisian yang berfungsi menerima permintaan HTTP atau HTTPS dari pelanggan yang dikenali dengan pelayar web dan menghantar kembali hasilnya dalam bentuk laman-laman web yang umumnya berbentuk dokumen HTML. 

iii. World Wide Web (www) atau World Wide Web adalah suatu program oleh Tim BernersLee pada tahun 1991 yang membolehkannya untuk menyusun arkib-arkib penyelidikan.Kemudian menjadi asas dari sebuah revolusi yang dikenali sebagai web. 

iv. Domain dan hosting - Domain merupakan alamat ke sebuah laman web. Contoh domain adalah seperti berikut http://www.apanama.com  atau http://www.apasaja.com . Domain perlu disewa daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting . Hosting adalah ruangan simpanan data yang terdapat di server internet yang menempatkan website,blog dan yang terdapat di web. Segala data atau fail yang disimpan didalamnya. 

v. URL (Uniform Resourse Locator) - Lokasi setiap laman web tertera pada ruangan address di Pelayar Web itu dikenali sebagai URL (Uniform Resourse Locator). URL ini merujuk pada lokasi pelayan web dengan gabungan alamat nama domain dan lokasi fail web yang dipisahkan dengan tanda ’/’. Lokasi terakhir pada sesetengah laman web tidak menyertakan sambungan seperti ’.htm’ kerana nama fail itu telah di daftarkan pada pelayan web berkenaan. 

Maksud dalam pautan


vi. Alamat Web Anda - Hos tapak web akan memberi alamat internet untuk tapak web anda, sebagai contoh http://www.blogspot.com/,  http://www.wordpress dan lain-lain lagi. Alamat web ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu protocol, nama komputer hos web, direktori dan nama fail.  











No comments:

Post a Comment