Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Tuesday 6 February 2018

Bahasa HTML (Hyper Text Markup Language)


Bahasa HTML (Hyper Text Markup Language) merupakan contoh bahasa Internet yang mula diperkenalkan oleh Tim Berners-Lee sekitar tahun 1989. HTML merupakan aplikasi kepada SGML (Standard Generalized Markup Language) yang menerima pakai piawai ISO 8879 bagi menyatakan format suatu dokumen berasaskan web. Bahasa ini mula dipopularkan oleh pelayar web Mosaic yang dibina di NSCA. Dengan penggunaan bahasa ini maka maklumat telah tersebar luas diseluruh pelusuk dunia dengan perantaraan WWW. 



HTML berperanan membina rupa bentuk laman web untuk diperlihatkan pada pengunjung. HTML merupakan text plain dan menggunakan dua sambungan iaitu ‘.htm’ dan ‘.html’. Sambungan’.htm’ adalah untuk menyokong platform DOS kerana ia hanya menyokong sambungan sehingga tiga aksara sahaja manakala ‘.html’ untuk flatform Windows, Mac, Unix dan lain-lain. Dokumen dengan format HTML dapat diminimumkan saiznya berbanding dokumen-dokumen yang lain kerana format HTML menggunakan arahan ringkas untuk menyatakan cara bagaimana harus dipaparkan. 
Bahasa HTML ini ditulis dengan menggunakan teks editor seperti Windows Notepad, MsEdit, dan fail di simpan menggunakan sambungan .htm ataupun .html. HTML juga boleh diedit dengan menggunakan editor HTML profesional seperti Adobe Dreamweaver, Microsoft Expression Web , CoffeeCup HTML Editor dan lain-lain lagi. Browser HTML seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator pula akan menterjemahkan kod-kod html dan membuat paparan seperti apa yang telah dikodkan. 

Kod HTML 

Kod-kod HTML biasanya disebut tag. Tag digunakan untuk menentukan paparan dari dokumen HTML.  Setiap dokumen HTML di mulakan dan di akhiri dengan elemen tag HTML seperti <Pembuka tag></Penutup tag>.  

Setiap yang terkandung dalam huruf '<'dan huruf '>' dinamakan tag. Tag HTML tidak sensitif terhadap huruf besar atau huruf kecil iaitu boleh digunakan gunakan <HTML> atau <html> .  

Tag ini tidak akan dipaparkan oleh browser html anda sebaliknya, ia akan diterjemahkan sebagai corak paparan. Di dalam contoh pertama, anda telah dikenalkan dengan tag <html>, tag <head> dan tag <body>.  

Format elemen kod HTML secara asas adalah seperti berikut : 










Tag-tag html mempunyai elemen pembuka dan penutup, iaitu 

<html>...</html>

<head>...</head>  

<body>...</body>  

Pembuka dan penutup ini perlu kerana ia akan mendefinisikan kawasan yang mempunyai corak tersebut. Perhatikan juga bahawa penutup tag mempunyai tanda '/' sebelum nama tag tersebut. Browser tidak menampilkan HTML tags, tetapi menggunakan tag tersebut untuk menterjemahkan isi dari halaman web.  

Keterangan  kod html; 

i. Teks antara <html> dan </ html> menerangkan dokumen HTML 
ii. Teks antara <head> dan </ head> menyediakan maklumat mengenai            dokumen itu 
iii. Teks antara <title> dan </ title> menyediakan tajuk untuk dokumen 
iv. Teks antara <body> dan </ body> menggambarkan kandungan halaman yang boleh dilihat 
v. Teks antara <h1> dan </ h1> menerangkan tentang tajuk utama.
vi. Teks antara <p> dan </ p> menerangkan perenggan 

HTML boleh diedit dengan menggunakan editor HTML profesional seperti Adobe Dreamweaver, Microsoft Expression Web  dan CoffeeCup HTML Editor. Walau bagaimanapun, untuk belajar HTML secara asas boleh menggunakan editor teks seperti Notepad bagi pengguna Windows atau TextEdit bagi pengguna MAC. 

Bagi membuat laman web pertama dengan menggunakan Notepad kaedah seperti berikut: 
i. Klik Start  -------> Klik All Programs  ---------> Klik Aksesori.
        Klik Notepad. 
ii. Kemudian menulis beberapa kod HTML ke dalam Notepad.  

Untuk lebih interaktif saya lebih suka menggunakan Editor Sublime Text 3 yang boleh di muatturun secara percum adi halaman ini :

Sublime Text 3. 









No comments:

Post a Comment