Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Monday, 6 August 2018

Memudahkan Anda Mengetahui Aplikasi Yang Memakan Ruangan Storan Di Peranti Android




Salah satu perkara yang anda ingin ketahui ketika ingin kosongkan storan pada peranti anda adalah untuk ketahui aplikasi yang memakan saiz ruangan yang paling besar. Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu aplikasi yang berguna adalah Data Explorer untuk Android. 

 Menggunakan Data Explorer, ia akan mengimbas peranti anda, sama ada telefon atau tablet Android, kemudian memaparkan hasil carian dalam bentuk blok – sekaligus memudahkan anda mengetahui apakah aplikasi yang memakan ruangan paling besar di peranti anda. 



Ruangan storan ini meliputi cache dan juga saiz aplikasi tersebut sendiri. Sebagai contoh, daripada percubaan kami, walaupun saiz aplikasi Chrome adalah kecil, tetapi disebabkan cache padanya banyak, maka ia disenaraikan sebagai pengguna ruangan storan yang besar, sekaligus memudahkan kami untuk kosongkan lagi ruangan storan pada peranti. 



 Data Size Explorer Data Size Explorer Sebaik sahaja selesai mengimbas, pengguna kemudian boleh tap pada sesuatu blok, dan memilih untuk Delete. Pada pilihan Delete, pengguna akan dibawa kepada ruangan pengurusan aplikasi terbina di Android, dan anda boleh memilih untuk nyah-pasang sesuatu aplikasi, atau hanya memadamkan data yang disimpan (cache), sekaligus mendapatkan kembali ruangan kosong untuk digunakan. 

 Aplikasi ini boleh dikatakan agak membantu kami dalam mendapatkan kembali ruangan storan yang boleh dikosongkan, terutamanya sekiranya anda ingin memasang sesuatu aplikasi baru, dan tidak mempunyai ruangan yang mencukupi. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Google Play Store, dan hadir dengan sokongan pengiklanan.


Sumber : Amanz


No comments:

Post a Comment