Welcome

This is my blog Jangan lupa subscribe dan jadikan saya femes dengan anda menjadi follower saya.

Link Kedua

ini post kedua

Wednesday 10 April 2019

Aktiviti 5S di Makmal ICT : Teladan Baik disebalik Aktiviti

Assalamualaykum ..

Hey kawan.






Hari ni sebahagian daripada pelajar saya (seramai 9 orang) terlibat dengan aktiviti CSR membantu baikpulih komputer di sebuah sekolah di perkampungan  di Kulim. Alang-alang begitu, saya merencanakan aktiviti 5S ala-ala CSR di Makmal ICT bagi membersihkan makmal ICT melibatkan baki pelajar yang ada.

Boleh lah nanti saya nak melihat sharing mereka dalam blog masing-masing dengan aktiviti hari ini.




APA ITU 5S


Selepas aktiviti 5S, saya sharinglah dengan mereka apa values disebalik 5S yang menjadi sebahagian daripada rutin budaya seharian saya. Maklumlah 5 tahun berkhidmat di ILP perai, 5S ni sudah jadi sebati dah dalam amalan budi dan daya saya ni.







Saya ceritalah mengikut cara saya memahamkan 5S dengan lebih mudah.


Doktrin 3S pertama dalam diri





Paling asas, pada saya setiap individu kena jadikan 3 asas dalam 5S ini sebagai Disiplin utama yang perlu ditanam dalam mindset. Budaya Sisih , Susun dan Sapu. 




Jika dalam amalan kebersihan ,
  • Sisih -
    Kita menyisih apa yang tidak perlu (Seperti sampah, debu, alat yang tidak berguna ) ,
  • Susun -
    kita susun mengikut keutamaan alatan-alatan yang ingin diguna  dan
  • Sapu -
    kita menyapu dengan cara dan kaedah yang betul sehingga segala debu, sampah yang ingin kita sisihkan tersebut dibuang secara total tanpa meninggalkan sisa berbaki.


3 amalan ni bila saya nak tanam dalam mindset diri saya akan buat doktrin 3 perkara ni dalam diri, biar amalan selari dengan mindset yang ada nilai (value) dan falsafahnya yang tersendiri ;
  • Sisih - (Mission Statement)
    Seperti kita nak fokus pada satu Matlamat, kita Sisihkan apa perkara yang tidak perlu kita buat jika perkara tersebut tidak berfaedah.
  • Susun - (Character Building)
    Bila sudah kita sudah ada Fokus Matlamat yang spesifik, Kita kena menyusun Sikap Diri yang selari dengan Fokus Matlamat yang dibina.
  • Sapu  - (Self Controlling)  Sebagaimana aktiviti Sapu yang perlukan kemahiran untuk memerangkap debu ke dalam pengaut sampah, begitu juga dalam kehidupan, kita kena kuasai apa sahaja kemahiran agar kita mampu menguasai kemahiran untuk meredah cabaran dalam kehidupan.

Untuk menghimpunkan debu , Amalan Sapu memerlukan kemahiran
yang mantap suapaya debu dan dihimpunkan dapat dibuang tanpa meninggalkan
sisa berbaki. 

Doktrin 3S dalam diri supaya kita boleh bina mindset yang mantap seperti kita melakukan aktiviti kebersihan dengan 3S yang utama, Sisih, Susun dan Sapu.

2S yang membangun Kerjasama


  • Seragam  - Memastikan agar amalan Sisih , Susun dan Sapu dilakukan secara seragam oleh setiap ahli.
  • Sentiasa Amal - Memastikan agar amalan Sisih, Susun dan Sapu yang di Seragamkan ini Sentiasa di amalkan.

Doktrin 2S seterusnya ini kita setkan dalam diri sebagai sinergi dengan rakan-rakan yang lain iaitu :

  • Seragam  - (Strategic Collaboration)
    Apabila kita mempunyai Misi yang sama (Sisih, Susun dan Sapu) , kita perlu bersinergi sesama kita secara kolaborasi strategik untuk menghasilkan Kejayaan yang berganda!.

  • Sentiasa Amal - ( Total Action) 
    Memastikan kejayaan yang diraih akan lebih mempertingkatkan lagi kualiti kerja untuk kejayaan di masa hadapan pula dengan usaha berterusan dan sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki gerak kerja dengan lebih baik.
Bayangkan kalau dalam satu kelas kita mempunyai 29 orang yang mempunyai mindset yang sama iaitu mindset Sisih, Susun dan Sapu, pastinya kita akan mendapat keberhasilan yang sangat mantap.

Kerana itu dalam step 5S yang keempat , adalah Seragam. 

Kita tidak mahu hanya seorang dari 29 orang pelajar yang mempunyai mindset 3S tadi, yang kita ingin pastikan 29 orang ini, mempunyai mindset yang SERAGAM dengan mindset 3S tadi.

Dan bayangkan kumpulan yang mempunyai mindset yang di SERAGAMkan ini akhirnya akan sentiasa melakukan Amal ini secara berterusan melalui amalan 5S yang kelima iaitu SENTIASA AMAL !!!

Seragam - Kolaborasi Strategik

Seragam melatih kita berjiwa berkumpulan dan melakukan kerja secara Kolaborasi Strategik.

Kalau dalam amalan 5S , kita akan pastikan penyusunan sesuatu alatan dan komponen disusun secara seragam sebagaimana seragamnya pasukan askar berkawat dalam perbarisan.







Begitulah juga amalannya, kalau kita menyusun 40 buah komputer dalam satu makmal, kita susun kedudukan komputer, susun atur kabel , kedudukan kerusi dan meja dan komponen -komponen lain yang disusun secara seragam.

Dengan amalan seragam, kita boleh memotivasikan diri bahawa kejayaan yang ingin kita raih bukan hanya dengan usaha seorang diri tetapi dengan usaha kita berkolaborasi secara berkumpulan!!.


Sepertimana kita ingin memastikan makmal kita bersih bukan dengan mengharap kerajinan seorang individu, tetapi amalan kolaborasi strategik kita secara bekerjasama!!.

( Artikel ini akan bersambung .... )

Sentiasa Amal - 





No comments:

Post a Comment